Chelsea selangkah ke separuh akhir

SEVILLE, 8 APRIL – Jaringan cantik Mason Mount membantu Chelsea melakar kemenangan 2-0 semalam pada aksi suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara ke atas Porto yang mensia-siakan banyak peluang.

Jaringan Mount pada separuh pertama sudah cukup mengecewakan Porto yang dilihat lebih menguasai perlawanan di Seville namun banyak kali gagal menyempurnakan kelebihan yang mereka perolehi.

Derita Porto bertambah selepas Ben Chilwell memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan tuan rumah untuk menambah gol kedua pada minit-minit akhir perlawanan sekali gus Chelsea semakin hampir meraih tiket ke separuh akhir.

Kedua-dua pasukan akan akan bertemu lagi minggu depan dengan Chelsea memiliki kelebihan dua jaringan di tempat lawan.

Porto beraksi di halaman sendiri, mempunyai sepanduk kelab besar di tempat duduk kosong.

Chelsea beraksi dengan baik menentang lawan mereka dalam serangan balas, kualiti mereka di kawasan petak penalti terbukti mengagumkan.

Real Madrid mungkin lawan seterusnya akan bertemu Chelsea selepas kelab gergasi Sepanyol itu menewaskan Liverpool 3-1 pada perlawanan suku akhir pertama.

“Terdapat suasana yang positif di bilik persalinan. Kami gembira tetapi tidak terlalu mempamerkannya. Teruja tetapi tidak terlalu teruja,” kata pengurus Chelsea, Thomas Tuchel. – AFP

Aksi pemain tengah Chelsea, Mason Mount ketika mengawal bola semasa menentang Porot di perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Seville semalam. – AFP