Chelsea, Spurs berebut tempat keempat Liga

LONDON, 21 FEB – Semua mata akan tertumpu di Stamford Bridge dan Stadium Emirates hujung minggu ini bagi pertembungan kelayakan untuk menyertai Liga Juara-Juara musim hadapan yang kini semakin hangat, manakala pendahulu liga, Liverpool akan mengambil selangkah ke hadapan untuk merangkul kejuaraan.

Dengan rehat musim sejuk telah tamat, pasukan-pasukan Liga Perdana Inggeris akan kembali berentap untuk mengukuhkan kedudukan di kedudukan Liga Juara-Juara di belakang Liverpool.

Setiap kali perlawanan, London di antara Tottenham dan Chelsea, ia pasti akan menjadi perlawanan yang mendebarkan, tetapi kali ini suasana pasti akan lebih tegang kerana kedua-dua pasukan akan berentap untuk kelayakan kejohanan Europa.

Chelsea yang berada di tempat keempat cuma mendahului dengan satu mata di belakang Tottenham dan kemenangan buat pasukan Jose Mourinho pasti akan memintas bekas kelab kendaliannya itu.

Chelsea yang kini sedang pulih dari persembahan yang kurang memuaskan dengan kekalahan 2-0 ke atas Manchester United Isnin lalu, manakala skuad Tottenham turut menghadapi masalah dengan kecederaan, turut tewas 1-0 oleh RB Leipzig di kejohanan Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Tersentap dengan kegagalan mereka untuk menukar penguasaan bola kepada penyudah, Chelsea hanya mencatatkan satu kemenangan dalam enam perlawanan, telah meningkatkan spekulasi bahawa kedudukan pengurus The Blues, Frank Lampard mungkin dalam bahaya jika sekiranya Chelsea gagal layak ke saingan Liga Juara-Juara. –AFP

Reaksi Jose Mourinho meninggalkan padang selepas perlawanan ber-kesudahan Spurs tewas 1-0 ke atas RB Leipzig, di saingan Liga Juara-Juara Rabu lalu di Stadium Tottenham Hotspurs. – AP