LONDON, 1 Jun – Kelab gergasi Chelsea kelmarin mengumumkan mengetepikan rancangan untuk membuat 60,000 tempat duduk baharu di stadium atas sebab keadaan pelaburan yang tidak menentu.
Pengumuman itu dibuat pada masa yang sukar untuk The Blues di mana pemilik kelab, Roman Abramovich masih menunggu untuk melanjutkan visa Britain.
Penangguhan itu berlaku di tengah-tengah krisis diplomatik antara London dan Moscow mengenai kes ejen Rusia dan kedengaran desas-desus yang mengatakan untuk sekatan yang menggugat kedudukan warga Rusia di London.
“Kelab Bola Sepak Chelsea mengumumkan hari ini bahawa projek baharu itu terpaksa ditangguhkan,” menurut kenyataan kelab.
“Tidak ada rancangan pembinaan akan dibuat.”
“Pihak kelab belum ada tempoh masa untuk mempertimbangkan balik keputusan itu,” tambahnya.
Menurut televisyen Channel 10 di Israel, Abramovich baru-baru ini terbang ke Tel Aviv dan menjadi warganegara di sana selepas kelambatan permohonannya di Britain.
Chelsea merancang untuk membina stadium baharu di tapak Stamford Bridge di barat London dan merancang untuk berpindah pada 2021.
Arkitek dari Switzerland, Herzog dan de Meuron yang juga membina Arena Allianz di Munich, Sarang Burung di Beijing dan beberapa stadium ikonik yang lain telah mendapat tender untuk mengubah suai Stamford Bridge. Projek tersebut telah mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa tempatan di Hammersmith dan Fulham dan urusan pampasan telah dipersetujui bersama pemilik rumah yang terjejas oleh projek itu. – AFP