Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Chelsea terus hanyut

    LONDON, 13 JAN – Fulham menambah tekanan ke atas pengurus Chelsea, Graham Potter selepas mencatatkan kemenangan mengejutkan 2-1, kelmarin.

    Dalam perlawanan tersebut turut menyaksikan penyerang baharu The Blues, Joao Felix dibuang padang dalam penampilan sulung bersama kelab sebelum kesilapan dilakukan oleh Kepa Arrizabalaga.

    Chelsea ketinggalan satu gol selepas bekas pemain sayap mereka, Willian mencetak gol pada separuh masa pertama di Craven Cottage.

    Kalidou Koulibaly menyamakan kedudukan selepas babak kedua bersambung namun Felix dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas Kenny Tete.

    Fulham meraih kemenangan pada lewat perlawanan selepas penjaga gawang Chelsea, Kepa, melakukan kesilapan dan Carlos Vinicius dengan mudah menjaringkan gol, sekali gus membuatkan Potter di ambang pemecatan selepas empat bulan menggantikan Thomas Tuchel.

    Potter pada minggu ini mengelar menguruskan Chelsea sebagai ‘tugas paling sukar dalam bola sepak’ selepas tempoh yang tidak menentu.

    Ini telah menguji ke-sabaran pemilik Todd Boehly yang mengatakan bahawa bekas pengurus Brighton itu merupakan individu tepat untuk memimpin pasukan semasa era baharu di Stamford Brigde. Chelsea ketika ini berada di tangga ke-10, dalam 10 mata di belakang kedudukan empat teratas, selepas hanya mencatatkan satu kemenangan dalam sembilan perlawanan liga mereka.

    Mereka hanya meledak empat gol dalam lapan perlawanan terakhir di kesemua kejohanan dan Potter terdesak untuk meraih kemenangan menentang Crystal Palace pada Ahad bagi meringankan sedikit tekanan. Dibelenggu dengan masalah kecederaan pemain termasuk N’Golo Kante, Christian Pulisic, Raheem Sterling, Ben Chilwell dan Reece James, Potter minggu ini mengakui bahawa Chelsea dalam keadaan ‘menderita’.

    Pengurus berusia 47 tahun itu mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain senior iaitu Cesar Azpilicueta, Thiago Silva, Jorginho dan Mateo Kovacic pada Selasa dalam usaha untuk menenangkan krisis. – AFP

    Aksi penyerang baharu Chelsea, Joao Felix mengawal bola semasa pertemuan Chelsea menentang Fulham di Craven Cottage, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...