Chelsea tewaskan Lille

LONDON, 11 DIS – Tammy Abraham membawa Chelsea meraih kemenangan 2-1 ke atas Lille dalam Liga Juara-Juara kelmarin, dan menjadi pasukan Inggeris keempat yang melayakkan diri ke peringkat kalah mati.

Christian Pulisic meletakkan bola ke sebelah kanan kemudian William menghantar bola untuk Abraham menjaringkan gol ke-13 untuk musim ini dalam semua perlawanan dengan penyudah yang licik di minit ke-19.

“Ia sekadar mengenai masuk ke dalam kotak,” kata Abraham. “Cesar Azpilicueta memberitahu saya untuk berlari merentas gol dan itulah saya lakukan. Ia sangat sukar. Bola berada di udara dan saya tidak dapat melihatnya, membuatkan saya menangis.”

Mengalahkan pelawat Perancis, Chelsea memperluaskan keunggulannya di minit ke-35 apabila Azpilicueta berjaya melepaskan diri daripada pertahanan untuk masuk ke kawasan penalti dan menemui tendangan sudut Emersin Palmieri dengan tandukan.

Menyusul dengan serangan pertama yang bermakna selepas 77 minit di Stamford Bridge, Lille memastikan ia menjadi penyudah yang mencemaskan untuk Chelsea.

Loic Remy, bekas pemain penyerang Chelsea dari tahun 2014 hingga 2017, melepaskan rembatan di bahagian bawah palang.

Namun, Chelsea kekal menjamin kedudukan apabila berada di tempat kedua dalam Kumpulan H, untuk menyertai musuh Liga Perdana Liverpool, Tottenham dan Manchester City dalam kelompok 16.

Frank Lampard merupakan pengurus Inggeris pertama yang melayakkan pasukan daripada peringkat kumpulan Liga Juara sejak bapa saudaranya, Harry Redknapp melakukannya pada musim 2010-2011 bersama Tottenham.

Lille keluar dari Liga Eropah sekadar memungut satu mata manakala, Valencia berjaya melangkah ke peringakat seterusnya sebagai pemenang kumpulan selepas menang 1-0 di Ajax. Valencia dan Chelsea menamatkan persaingan de-ngan berkongsi 11 mata dan Ajax mengumpul 10 mata. – AP

Cesar Azpilicueta meraikan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Kumpulan H Liga Juara-Juara di antara Chelsea dan Lille di Stadium Stamford Bridge, London. – AP