Chelsea, United mara ke Liga Juara Juara musim depan

LONDON, 27 JULAI – Manchester United dan Chelsea menempah slot ke Liga Juara-Juara musim depan dengan Bournemouth dan Watford tersingkir dari Liga Perdana Inggeris (EPL) pada hari terakhir perlawanan yang penuh dramatik semalam.

Liverpool dinobatkan sebagai juara bulan lalu tetapi mengalami sedikit masalah untuk menemukan rentak yang dipertaruhkan dalam 90 minit perlawanan selepas terganggu berikutan penutupan akibat COVID-19 selama tiga bulan.

United menduduki tempat ketiga setelah menang 2-0 dalam perlawanan penentuan untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara menentang Leicester sementara Chelsea berakhir di tempat keempat setelah mengalahkan Wolves 2-0, kedua-dua jaringan tersebut dirembat pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

Pasukan tercorot di liga, Bournemouth dan Watford yang beraksi tanpa pengurus tersingkir ke liga Kejuaraan sementara peminat Aston Villa kembali menarik nafas lega setelah terus kekal di EPL selepas mendapat keputusan seri menentang West Ham pada perlawanan semalam.

Leicester turun ke tempat kelima, akan beraksi di Liga Europa musim depan di mana mereka akan menyertainya bersama Tottenham, yang seri 1-1 menentang Crystal Palace. Pengurus Chelsea, Frank Lampard hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan kelayakan mereka ke Liga Juara-Juara musim depan dan dua gol tersebut dijaringkan pada masa kecederaan di separuh masa pertama telah memastikan mereka menarik nafas lega.

Aksi Mason Mount ketika menjaringkan gol pertama pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Chelsea dan Wolverhampton Wanderers di Stamford Bridge, London, semalam. – AP

Mason Mount menjaringkan gol pertama melalui sepakan percuma untuk memastikan Chelsea di depan dan pasukan tuan rumah melangkah lebih jauh di depan lagi, ketika Olivier Giroud menemukan jaringan kedua buat The Blues.

United, yang mempamerkan prestasi merosot dalam beberapa perlawanan minggu terakhir mereka, terikat 0-0 pada separuh masa pertama di Stadium King Power. Tetapi mereka akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-71, ketika Bruno Fernandes menjaringkan gol melalui sepakan penalti setelah Anthony Martial dijatuhkan.

Jesse Lingard menjaringkan gol kedua buat United untuk memastikan kemenangan.

Keputusan tersebut adalah peningkatan besar bagi Solskjaer, yang mana pasukannya merosot pada awal musim ini, tetapi merupakan tamparan pahit bagi Brendan Rodgers, ketika Leicester, yang telah terkeluar dari empat teratas setelah sekian lama berada di kedudukan empat teratas hampir keseluruhan kempen. – AFP