Chevron beli Noble sekitar AS$5 bilion

NEW YORK, 20 JULAI – Chevron akan mengambil alih Noble Energy dengan jumlah AS$5 bilion dalam perjanjian besar yang pertama diumumkan sejak pandemik koronavirus menjejaskan sektor tenaga.

Chevron telah membeli-belah bagi aset sejak tahun lalu dan dengan harga minyak mentah turun lebih 30 peratus tahun ini, ia melonjak hari ini dengan pembelian saham bagi penggerudi minyak dan gas bebas Houston.

Berdasarkan harga penutup Chevron pada Jumaat, pemegang saham Noble Energy akan menerima 0.1191 saham Chevron bagi setiap saham Noble Energy. Namun dengan senarai harga hadir bersama hutang besar.

Syarikat tenaga itu telah dibebani hutang besar malah sebelum pandemik lagi dan harga minyak terapung di semua tempat dan tidak terkecuali Noble.

Nilai perusahaan keseluruhan perjanjian itu adalah AS$13 bilion dengan Chevron bertanggungjawab atas hutang Noble. – AP

Gambar fail 8 Oktober 2019 menunjukkan logo Chevron muncul pada paparan perdagangan di lantai Bursa Saham New York. – AP