Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Chew Kin Wah tercalon Piala Maya Indonesia

    Pelakon berpengalaman, Chew Kin Wah disenarai pendek sebagai 12 Pelakon Pembantu Terbaik Piala Maya 2022 yang bakal berlangsung Disember ini, di Jakarta.

    Pencalonan itu berdasarkan watak Koh Afuk dalam filem Cek Toko Sebelah 2 yang berjaya melonjakkan namanya dalam industri perfileman di Indonesia.

    Turut tersenarai ialah pelakon, Arswendy Beningswara menerusi filem Before, Now & Then; Yayu Unru (Gara-Gara Warisan); Rukman Rosadi (Inang); Umay Shahab (Mencuri Raden Saleh); Denny Sumargo (Miracle In Cell No.7); Boris Bokir dan Indra Jegel (Ngeri-Ngeri Sedap).

    Calon lain pula ialah Jerome Kurnia (Penyalin Cahaya); Iwa K dan Nugie (Sayap-Sayap Patah) serta Elang El Gibran (Srimulat: Hil Yang Mustahal Babak Pertama).

    Piala Maya merupakan penghargaan filem tahunan di Indonesia yang dibentuk oleh penggemar filem Indonesia melalui akaun Twitter, FILM_Indonesia.

    Penghargaan ini kali pertama diadakan pada 15 Disember 2012 di Jakarta.

    Sebelum ini, Kin Wah pernah meraih anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Festival Filem Tempo Jakarta pada 2017, menerusi filem Cek Toko Sebelah.

    Filem sama juga melayakkan dirinya me-rangkul anugerah bagi kategori sama di Indonesian Box Office Movie Awards 2017 (IBOMA). – Agensi

    Chew Kin Wah berjaya melonjakkan namanya di industri filem Indonesia hingga tercalon dalam Piala Maya akan datang. – Agensi07
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...