Chicago dilanda puting beliung

CHICAGO, 21 JUN – Puting beliung melanda komuniti di pinggir bandar Chicago, merosakkan lebih 100 buah rumah, menumbangkan pokok serta memutuskan bekalan elektrik dan mengakibatkan kecederaan, kata pegawai.

Sekurang-kurangnya lima orang, termasuk seorang wanita yang disenarai dalam keadaan kritikal, dimasukkan ke hospital di Naperville, di mana puluhan rumah dimusnahkan apabila puting beliung mendarat selepas pukul 11 malam semalam, kata jurucakap bandar Linda LaCloche.

Lebih daripada 120 laporan lain mengenai kerosakan harta telah diterima pada pukul 5 pagi hari ini di bandar yang terletak 25 batu dari barat Chicago dan kerosakan dijangka meningkat ketika penduduk meninjau kerosakan akibat ribut itu, katanya. Kira-kira 450 bekalan elektrik terputus juga dilaporkan.

“Kami bernasib baik ia bukan teruk sangat,” kata LaCloche hari ini. “Kami melihat banyak tiang elektrik dan wayar elektrik tumbang selain pokok-pokok rosak.” – AP

Kelihatan rumah rosak dan pokok tumbang selepas dilanda puting beliung di Woodridge di Illinois awal pagi kelmarin. – AP