Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Chicago keluarkan dekri darurat

    CHICAGO, 10 MEI – Chicago, bandar raya ketiga terbesar di Amerika Syarikat (AS) semalam mengisytiharkan darurat susulan peningkatan aliran masuk migran yang melebihi kadar kemampuan bandar itu untuk mengurus.

    Datuk Bandar Chicago, Lori Lightfoot, berkata di bawah perintah eksekutif yang dikeluarkan pada Selasa itu, beliau mempunyai kuasa untuk meminta gabenor Illinois menggerakkan Pengawal Kebangsaan untuk menyediakan kakita-ngan dan sokongan logistik bagi menangani darurat di Chicago.

    Chicago turut meminta kerajaan persekutuan dan negeri untuk menyokong pembiayaan dan sumber tambahan yang sangat diperlukan dari segi tempat perlindungan dan penempatan semula.

    Bermula 31 Ogos 2022, Chicago mula menerima bas yang dihantar oleh negeri Texas, yang membawa individu dan keluarga dari Amerika Tengah dan Selatan mencari suaka di AS.

    Sejak itu, kehadiran pencari suaka terus meningkat di Chicago dan kemasukan mereka sama ada menggunakan kapal terbang, bas atau berjalan kaki, kata Lightfoot.

    Akibat kekurangan ruang yang ada dan semua kemudahan penuh, ratusan pendatang kini berlindung sementara di balai polis, lapor Xinhua. – Bernama

    Migran menyeberang dengan memanjat tebing Rio Gran ke Amerika Syarikat, seperti yang dilihat dari Matamoros, negeri Tamaulupas, Mexico pada 9 Mei 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...