Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chicago: Lima maut, 44 cedera ditembak

    WASHINGTON, 6 Ogos – Seramai 44 orang ditembak di sebuah bandar di tengah barat Amerika Syarikat (AS), Chicago, semalam, bersama media setempat melaporkan lima orang telah terbunuh dalam gelombang keganasan yang dianggap polis sebagai ‘benar-benar tidak dapat diterima.’

    Ketua Polis peronda Chicago, Fred Waller memberitahu sidang media semalam bahawa beberapa tembakan telah ‘menyasarkan’ dan mempunyai kaitan terhadap konflik berkumpulan.

    “Bandar Chicago berdepan malam keganasan. Insiden yang dilakukan menyasarkan tembakan atau rambang ke atas jalan-jalan kami adalah benar-benar tidak dapat diterima,” katanya.

    Sementara itu, CNN telah melaporkan beberapa tembakan dilepaskan antara tengah malam hingga 2 pagi waktu setempat, dengan 10 tembakan dilepaskan dalam tempoh tiga jam bermula sehingga 1:30 pagi.

    Lelaki bersenjata telah menyasarkan kumpulan termasuklah perhimpunan orang ramai yang menghadiri jamuan ringan majlis pengebumian, kata polis, dengan menambah salah seorang mangsa yang tercedera adalah budak lelaki berusia 11 tahun.

    Chicago hampir mengalami rekod pembunuhan selama 20 tahun pada 2016, yang telah mencetuskan kritikan Presiden Donald Trump terhadap bandar itu.

    Namun tahun ini, Waller bercakap terdapat penurunan lebih 30 peratus insiden tembakan di Chicago, manakala jumlah pembunuhan menurun kepada 25 peratus.

    “Ia bukanlah satu kejayaan, namun kami terus menuju ke haluan yang betul,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda