Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Chico Aura, Se-Young Juara Masters Malaysia

    KUALA LUMPUR, 10 JULAI – Pemain bukan pilihan dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo, akhirnya berjaya menamatkan kemarau tanpa sebarang kejuaraan antarabangsa apabila meraih gelaran Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

    Pemain perseorangan lelaki Indonesia itu menampilkan aksi membanggakan dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan, Ng Ka Long Angus dari Hong Kong, 22-20, 21-15,  pada pertarungan sengit bagi merebut gelaran sulung kejohanan berstatus BWF Super 500.

    Pemain nombor ke-45 dunia itu berkata, ia adalah impian yang menjadi kenyataan untuk melakarkan pencapaian terbesar setakat ini sejak mula mewakili pasukan kebangsaan Indonesia pada 2015.

    “Saya harap kemenangan ini akan memberi inspirasi kepada saya untuk bermain dengan baik pada kejohanan akan datang dan setanding dengan rakan sepasukan, Anthony Sinisuka Ginting dan Jonatan Christie,” kata pemain berusia 24 tahun itu selepas aksi final kelmarin.

    Semerntara itu, pemain Korea Selatan, An Se Young muncul juara perseorangan wanita selepas akhirnya menewaskan juara bertahan, Chen Yu Fei dari China, buat pertama kali dalam lapan pertemuan mereka sebelum ini.

    Se Young menjadi pemain pertama dari Korea Selatan merangkul kejuaraan tersebut selepas menyingkirkan Yu Fei dengan keputusan straight set 21-17, 21-5 dalam tempoh 38 minit.

    Pemain berusia 20 tahun dan berada di ranking keempat dunia itu mengakui bahawa sukar untuk mempercayai boleh memenangi final terhadap Yu Fei selepas tewas kepada pemain ranking ketiga dunia itu selama ini.

    Saya melakukan banyak kajian tentang permainannya menerusi video lama dan itu banyak membantu saya meningkatkan prestasi menentangnya,” katanya yang membuat persediaan menghadapi Kejohanan Dunia 2022 di Tokyo dari 21 hingga 28 Ogos ini. – Bernama

    Reaksi An Se Young bergambar muncul juara bagi acara perseorangan wanita di Malaysia Masters 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia kelmarin. – AFP
    Reaksi Chico Aura Dwi Wardoyo selepas dinobatkan sebagai johan dalam acara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia kelmarin. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...