Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Chiellini ucap selamat tinggal kepada Juve

    TURIN, ITALI, 17 MEI – Giorgio Chiellini mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Juventus kelmarin dalam perlawanan terakhirnya di tempat sendiri bersama gergasi Turin selepas mencatatkan keputusan seri 2-2, sekali gus membolehkan Lazio meraih tempat dalam Liga Europa selepas Sergej Milinkovic-Savic menyamakan kedudukan dengan sepakan terakhir permainan.

    Peminat melaungkan “hanya ada seorang kapten” ketika koreografi gergasi yang menggambarkan bajunya angka ‘3’ dipaparkan di tempat duduk sebelum perlawanan dan mereka kemudian memberikan tepukan gemuruh kepada Chiellini selepas pemain itu digantikan pada minit ke-18.

    Pemain berusia 37 tahun itu bermain selama 120 minit penuh semasa kekalahan perlawanan akhir Piala Itali kepada musuh ketat Inter Milan pada Rabu lalu. Dia kemudian mengumumkan bahawa akan meninggalkan Juve selepas 18 tahun bersama di mana dia telah memenangi sembilan kejuaraan liga dan satu trofi lain.

    Berikutan pengumuman pemergiannya dari Juve, pemain itu berkata dia akan mempertimbangkan sama ada untuk bersara selepas sudah memutuskan untuk bersara daripada bola sepak antarabangsa. – AFP

    Reaksi pemain Juventus, Giorgio Chiellini disambut peminat semasa perlawanan bola sepak Serie A kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...