Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Chiellini yakin dengan LAFC

    LOS ANGELES, 1 JULAI – Pemain pertahanan veteran Itali dan Juventus, Giorgio Chiellini, pada Rabu lalu berkata bahawa dia tidak sabar untuk membawa tahap permainan yang tinggi dan berpengalaman kepada Los Angeles FC ketika pasukan itu mengejar gelaran Bola Sepak Liga Utama.

    “Saya yakin sepenuhnya bahawa kelab ini sesuai untuk saya,” kata Chiellini semasa sidang akhbar rasmi pertamanya untuk LAFC, sambil mempamerkan jersi 14 baharunya.

    Mereka kini mendahului tempat teratas liga dengan 33 mata daripada 16 perlawanan, dan kedudukan itu jelas menunjukkan bahawa mereka komited bagi memastikan kelab itu kekal di puncak liga.

    Selepas pengumuman pembelian Chiellini dua minggu lalu, kelab tersebut telah mengesahkan ketibaan ketua pasukan Wales, Gareth Bale dalam kontrak selama 12 bulan sehingga 2024.

    Sementara itu, tonggak lama LAFC iaitu Carlos Vela telah bersetuju untuk dilanjutkan kontraknya sehingga musim 2023.

    Chiellini, 37, berkata bahawa dia percaya dia mempunyai banyak sumbangan kepada pasukan muda, dan dia yakin kelab itu akan mampu memberikan prestasi yang memuaskan berdasarkan penilaiannya sebelum ini terhadap masa depan MLS. – AFP

    Giorgio Chiellini memegang jersinya di Los Angeles semasa sidang akhbar pengenalan sebagai ahli baru Los Angeles FC pada Rabu lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...