Thursday, February 20, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Chile sertai AIIB

    SANTIAGO, 14 Mei – Chile akan menyertai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), umum Kementerian Luar Negeri kelmarin ketika Presiden Michelle Bachelet mengadakan kunjungan balas ke China.

    Bachelet dalam lawatan ke ibu pejabat bank pemberi pinjaman multilateral, berkata keahlian Santiago sudah dimeterai.

    “Kami sangat gembira kerana telah diterima sebagai anggota dan sebagai sebuah kerajaan kami perlu melakukan bahagian kami untuk mendapat keahlian sepenuhnya diluluskan,” kata Bachelet, menurut kenyataan kementerian.

    Diasaskan pada 2015 dan dilihat sebagai pengimbang kepada bank-bank pembangunan yang lain seperti Bank Dunia, pemberi pinjaman baru itu membiayai projek-projek infrastruktur di Asia.

    Ia mempunyai anggota pengasas di seluruh dunia termasuk Britain, Jerman dan Perancis. – AFP

    Presiden Michelle Bachelet ketika menyampaikan ucapannya dalam Forum Belt and Road di Beijing pada 14 Mei. – AFP
    Presiden Michelle Bachelet ketika menyampaikan ucapannya dalam Forum Belt and Road di Beijing pada 14 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda