Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Chilwell mungkin terlepas aksi Piala Dunia

    LONDON, 3 NOV – England nampaknya akan ke Piala Dunia tanpa Ben Chilwell selepas pemain pertahanan kiri itu mengalami kecederaan paha ketika Chelsea menang 2-1 mengatasi Dinamo Zagreb dalam aksi Liga Juara-Juara, kelmarin.

    Denis Zakaria menjaringkan gol kemenangan pada penampilan pertama bersama Chelsea ketika skuad Blues bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan juara Croatia di stadium Stamford Bridge.

    Namun malam itu menjadi suram buat Chelsea dan England apabila Chilwell, 25, perlu dibantu keluar dari padang pada penghujung perlawanan yang nampaknya boleh mengganggu harapannya ke Qatar.

    “Ia tidak nampak positif. Ia kecederaan paha,” kata bos Chelsea, Graham Potter.

    “Kami akan membuat ujian imbasan untuk melihat keadaannya.”

    Chilwell, yang sudah mencatat 17 jaringan buat skuad Three Lions, menjadi sebahagian pasukan England yang mara ke final Euro 2020.

    England membuka kempen berdepan Iran kurang tiga minggu lagi. – AFP

    Ben Chilwell terpaksa dibantu keluar selepas cedera semasa perlawanan antara Chelsea dan Dinamo Zagreb di stadium Stamford Bridge, London, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...