BEIJING, 15 Jan – China akan menyebarkan perkongsian swasta-awam (PPP) di negara-negara yang menyertai Belt and Road Initiative, satu rangkaian perdagangan dan infrastruktur menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika di sepanjang laluan perdagangan purba, kata seorang pegawai kanan.
He Lifeng, timbalan ketua Suruhanjaya Reformasi dan Pembangunan Kebangsaan (NDRC) membuat kenyataan itu pada Sabtu semasa Forum Pembangunan Usahawan China ke-15.
NDRC, perancang ekonomi utama China, dan beberapa jabatan lain, telah muncul dengan mekanisme kerja untuk merangsang model PPP di negara-negara di sepanjang laluan tersebut, menurut He, tanpa memberi butiran lanjut.
Dia berkata model PPP akan membantu memudahkan perkembangan projek itu dengan memperluaskan saluran pembiayaan bagi syarikat-syarikat berkenaan.
Model-model pembiayaan inovatif adalah perlu sejak beberapa projek di bawah Belt and Road Initiative memerlukan pelaburan besar dengan tempoh lama mendapatkan hasil daripada pelaburan, kata He.
PPP sudah wujud di China sejak 1980-an, namun pengadaptasian model pembiayaan menjadi perlahan sehingga China menyiarkan dua garis pandu PPP pada 2014. – Xinhua
































