Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    China akan terus sumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia

    BEIJING, 10 OKT – China akan terus menyumbang bagi menyuntik lebih banyak elemen positif untuk pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan, seimbang dan inklusif, kata jurucakap Kementerian Luar China Mao Ning pada sidang media di sini, kelmarin.

    Menurut laporan Biro Statistik Negara baru-baru ini, kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia dalam tempoh sedekad lalu purata menduduki tempat pertama di dunia.

    Meskipun mendepani pelbagai isu yang tidak stabil dan tidak menentu dalam situasi ekonomi sejagat seperti penularan wabak COVID-19 namun, pertumbuhan ekonomi China kekal stabil sekali gus memberi sumbangan positif kepada pemulihan ekonomi dunia.

    Mao berkata dalam tempoh sedekad lalu, kadar pertumbuhan ekonomi China purata mencatat 6.6 peratus mendahului kadar pertumbuhan purata dunia iaitu 2.6 peratus dan kadar pertumbuhan purata entiti ekonomi membangun iaitu 3.7 peratus.

    Kadar sumbangan China kepada pertumbuhan ekonomi dunia merekodkan 38.6 peratus yang melebihi keseluruhan sumbangan negara Kumpulan Tujuh Negara (G7).

    Pada 2021, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China sebanyak 18.5 peratus jumlah ekonomi dunia meningkat 7.2 mata peratusan berbanding sedekad lalu. Nilai dagangan luar China pada tahun lalu pula mencapai AS$6.9 trilion (RM32 trilion) menjadikan negara ini entiti ekonomi kedua terbesar dan negara perdagangan terbesar dunia. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 6 Oktober menunjukkan kapal kargo di wilayah Shandong, China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...