Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    China akan wujudkan Sukan Olimpik dijamin selamat

    BEIJING, 26 JAN – Presiden Xi Jinping berkata China akan menunaikan janjinya untuk melaksanakan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 dengan penuh kesederhanaan, selamat  dan cemerlang.

    Xi berkata ketika bertemu dengan Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC), Thomas Bach kelmarin bahawa temasya kali ini bukan sahaja memperoleh sokongan rakyat tempatan, malah masyarakat antarabangsa.

    Ia merupakan temasya sukan komprehensif antarabangsa pertama setelah tercetusnya pandemik COVID-19 dan diterjemahkan menerusi moto baharu Olimpik, iaitu “lebih cepat, lebih tinggi, lebih kuat dan lebih bersatu”, katanya.

    Dalam temasya kali ini, Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing bakal menghimpunkan sekitar 3,000 atlet dari 90 negara dan kawasan.

    “Kami komited menyediakan perkhidmatan yang sempurna dan kami yakin dapat memberi jaminan kesihatan dan keselamatan kepada para atlet, pegawai pengiring dan rakyat China sendiri,”kata Xi lagi.

    Ketika membida menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022, Presiden Xi pernah menyatakan matlamat utama China adalah untuk menggalakkan lebih 300 juta rakyatnya menyertai sukan ais dan salji.

    “Hasil usaha gigih, kini matlamat tersebut berjaya direalisasikan. China akan memberi sumbangan baharu dan lebih besar kepada Sukan Olimpik,” kata Xi.

    Sementara itu, Bach menyatakan penghargaan terhadap usaha badan-badan berkaitan dan rakyat China dalam mempersiapkan temasya itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...