Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    China aktif galak perbelanjaan domestik sempena Pesta Duanwu

    BEIJING, 3 JUN – Pasaran perbelanjaan China menunjukkan trend pemulihan susulan penularan wabak COVID tempatan semakin reda.

    Justeru, pelbagai inisiatif diambil bagi menggalakkan perbelanjaan domestik sempena Pesta Duanwu atau Pesta Perahu Naga yang disambut hari ini.

    Di Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang, kupon dan subsidi ditawarkan kepada pengguna untuk pembelian beberapa jenis barangan termasuk kereta dan basikal elektrik serta perbelanjaan bagi aktiviti pelancongan dan katering.

    Di Chengdu, ibu kota provinsi Sichuan pula, kupon perbelanjaan bernilai RMB240 juta (RM158 juta) telah diedarkan.

    Difahamkan, 660,000 keping kupon telah dimiliki pengguna bagi menikmati pelbagai diskaun.

    Bandar Shenzhen pula melaksanakan 30 pendekatan bagi memantapkan pasaran perbelanjaan, termasuk menggalakkan perbelanjaan membabitkan kereta, telefon bimbit dan komputer.

    Dalam pada itu, pengguna boleh menikmati subsidi bernilai 15 peratus daripada harga asalnya ketika membeli telefon bimbit dan komputer, dengan subsidi maksimum sebanyak RMB2,000 (sekitar RM1,316).

    Selain itu, sejumlah besar kedai di bandar itu turut mengadakan pelbagai aktiviti promosi untuk menarik lebih ramai pengguna. – Bernama

    Para penduduk mengenakan kostum dan mendayung bot naga semasa Pesta Perahu Naga yang diadakan di Hangzhou, ibu kota provinsi Zhejiang. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...