China anggap dakwaan Trump ‘satu sindiran’

BEIJING, 21 DIS – China hari ini berkata tweet yang dibuat oleh Presiden Donald Trump mencadangkan Beijing terbabit dalam serangan siber besar-besaran ke atas kerajaan Amerika Syarikat (AS) adalah ‘sindiran’ yang bermotifkan politik.

Penggodaman ke atas agensi kerajaan AS termasuk Perbendaharaan berjaya ‘dikawal’ pada Sabtu, menurut Presiden AS.

Namun dalam tweet, beliau berkata China ‘mungkin’ juga terbabit selain Rusia dalam serangan siber, tanpa memberikan sebarang bukti.

Jurucakap kementerian luar China, Wang Wenbin menafikan penglibatan Beijing, menggelar tuduhan serangan siber oleh AS sebagai ‘percanggahan haluan.’

“Tuduhan yang dilemparkan oleh AS terhadap China sentiasa merupakan sindiran, yang bermotifkan politik,” beritahu Wang pada taklimat media. – AFP