KAHERAH, 18 APRIL – Aktiviti kebajikan Ramadan 2022 anjuran bersama Persatuan Perusahaan China Mesir dan Persatuan Pembangunan Bersama Mesir diadakan pada Sabtu.
Lebih 30 buah syarikat China di negara itu menyumbang sebanyak EGP1 juta untuk memberi bantuan kepada keluarga miskin tempatan.
Menurut Duta China di Mesir, Liao Liqiang, bantuan itu akan diagihkan kepada penduduk yang memerlukan sekali gus mencerminkan persahabatan berkongsi nasib dan saling membantu antara rakyat kedua-dua negara.
Ketua Persatuan Pembangunan Bersama Mesir, Hana Ismail turut menzahirkan penghargaan kepada China yang menjalankan aktiviti murni itu sempena Ramadan.
Beliau berkata sumbangan tunai dan barang bantuan akan diagihkan kepada mereka bagi meringankan beban untuk memberi peluang mereka menghayati Ramadan dalam suasana lebih ceria. – Bernama