China arah batal penerbangan, majlis kahwin tangani COVID-19

BEIJING, 29 OKT – Pegawai Beijing hari ini mengarahkan penduduk untuk menunda majlis perkahwinan dan memastikan majlis pengebumian sesingkat mungkin, manakala penerbangan juga dibatalkan, ketika pengawalan penyakit di seluruh China diperketatkan hanya beberapa bulan sebelum berlangsungnya Sukan Olimpin Musim Sejuk di kota itu itu.

Negara paling ramai penduduk di dunia itu berjaya mengurangkan jumlah jangkitan sejak awal penularan wabak pada musim bunga lalu, ekoran toleransi sifar terhadap penutupan sempadan, sekatan pergerakan bersasar dan tempoh kuarantin. Bagaimanapun, China kini bergelut dengan serangan koronavirus di puluhan wilayah dikaitkan dengan pelancong, mendorong pegawai mengarahkan jutaan untuk kekal di rumah, menyekat perjalanan antara wilayah dan meningkatkan ujian saringan.

Jumlah kes kekal jauh lebih rendah berbanding di kebanyakan negara, dengan 48 jangkitan domestik baharu hari ini, menjadikan jumlah itu kurang daripada 250 kes minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mengambil risiko dengan puluhan ribu orang di Beijing, lokasi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk Februari depan, diarah menjalani sekatan per-gerakan selepas beberapa kes dikesan.

“Penduduk perlu menunda majlis perkahwinan, majlis pengebumian singkat, tidak menganjurkan majlis makan-makan dan mengurangkan perhimpunan tidak penting,” kata timbalan ketua pusat pengawalan penyakit, Pang Xinghuo pada sidang media hari ini. – AFP