Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    China-AS sepakat tingkat dialog, elak salah faham

    LUXEMBOURG, 14 JUN – China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk bersama-sama melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara selain meningkatkan dialog, mengurangkan salah faham dan menangani percanggahan dengan baik.

    Kesepakatan itu hasil pertemuan antara anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Yang Jiechi dengan Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Jake Sullivan di sini kelmarin.

    Yang berkata, Presiden Joe Biden berulang kali memberitahu Presiden Xi Jinping bahawa AS menolak daripada mencetuskan Perang Dingin baharu atau mengubah sistem China.

    Namun, Yang memberitahu bahawa ada beberapa tindakan AS menjadi antara punca hubungan kedua-dua negara terjerumus ke dalam situasi sukar.

    “Ia bukan sahaja telah merosakkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, malah tidak selaras dengan kepentingan kedua-dua pihak dan negara lain.

    “Hubungan Beijing-Washington kini berada di persimpangan. Tiga prinsip yang diketengahkan Presiden Xi, iaitu saling hormat, hidup bersama secara damai, dan penerokaan kerjasama ke arah situasi sama menang adalah pendekatan yang wajar bagi kedua-dua negara,” katanya.

    Yang turut menyifatkan prinsip itu selari dengan kepentingan asas rakyat dua negara, serta aspirasi masyarakat antarabangsa. Beliau sekali lagi mengingatkan AS supaya menjalankan interaksi positif dengan China dan melakukan usaha bersepadu dalam mengekalkan kemakmuran, ketenteraman dan pembangunan di rantau Asia Pasifik.

    Menyentuh mengenai kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, beliau menegaskan bahawa Beijing sentiasa konsisten dalam pendiriannya mengenai isu Taiwan. – Bernama

    Yang Jiechi (kanan) bertemu dengan Penasihat Keselamatan Negara AS, Jake Sullivan (kiri) di Luxembourg, kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...