BEIJING, 20 OKT – Sebuah syarikat pembuat ubat-ubatan milik China sedang menyiapkan barisan pengeluaran untuk membekalkan satu bilion dos bagi dua vaksin berpotensi yang kini telah diuji ke atas hampir 50,000 orang di 10 buah negara, kata ketua syarikat itu hari ini.
Ujian oleh SinoPharm Group itu merupakan langkah terakhir sejak ia dijalankan pada Mac lalu sebelum disahkan untuk diedarkan,” kata ketua Liu Jingzhen pada sidang akhbar. Dia tidak memberikan petunjuk bila keputusan ujian tersebut akan dikeluarkan.
Pembuatan vaksin dalam perindustrian ubat-ubatan milik China merupakan salah sebuah pembuat vaksin daripada pembuatan vaksin lainnya di seluruh dunia, di mana China kini menguji empat vaksinnya yang dalam peringkat ujian terakhir.
Pakar kesihatan mengatakan, bagaimanapun, walaupun China berjaya, peraturan pengesahan yang ketat di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun memungkinkan vaksinnya hanya dapat diedarkan di negara-negara membangun yang lain.
SinoPharm sedang menguji dua vaksin di negara-negara termasuk Mesir, Argentina, Jordan dan Peru, kata Liu. Kedua-duanya tidak aktif, yang bermaksud mereka menggunakan versi koronavirus yang tidak berjangkit.
Menurut Liu, lokasi penghasilan pengeluaran vaksin sedang disiapkan di Beijing dan Wuhan, kota di China yang menjadi pusat wabak itu bermula pada bulan Disember.
“Kapasiti pengeluaran akan mencapai satu bilion dos tahun depan untuk memastikannya mencukupi,” kata Liu.
Vaksin yang dikembangkan oleh China telah diuji ke atas 60,000 orang dengan ‘hanya sedikit kesan sampingan,’ kata Tian Baoguo, seorang pegawai Kementerian Sains dan Teknologi.
Ribuan orang di China termasuk pekerja penjagaan kesihatan dan lain-lain yang dianggap berisiko telah diberi vaksin eksperimen. Tiga bandar utama di negara itu telah mengumumkan rancangan untuk melakukan suntikan kepada mereka yang memerlukan. – AFP