Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China bantah ucapan menteri Australia

    BEIJING, 10 Jan – China mengemukakan bantahan diplomatik rasmi hari ini selepas menteri kanan Australia mengelar projek-projek infrastruktur China di Pasifik sebagai ‘gajah putih’, dalam pertikaian terbaru yang meningkatkan lagi hubungan berbalah itu.

    Pergeseran antara kedua-dua negara memuncak bulan lalu selepas Australia memilih China sebagai tumpuan kebimbangan apabila ia mencadangkan undang-undang ke atas campur tangan asing, mencetuskan respons berang dari Beijing.

    China telah memeterai rangkaian rapat dengan negara-negara pulau Pasifik, dengan Lowy Institute Australia menganggarkan ia menyediakan bantuan sekitar AS$1.78 bilion, termasuk pinjaman konsesi, bagi projek-projek di rantau antara 2006-2016.

    Menteri Pembangunan Antarabangsa Australia, Concetta Fierravanti-Wells berkata pengaruh Beijing di rantau itu ‘jelas berkembang’, namun mengkritik pembangunan bantuannya itu telah membawa kepada ‘gajah putih’.

    “Pasifik menjadi penuh dengan bangunan-bangunan yang tidak berguna yang tidak diselenggarakan oleh sesiapa pun, yang pada dasarnya adalah ‘gajah putih’,” ujarnya kepada akhbar Australia.

    Jurucakap kementerian luar negeri China, Lu Kang membidas ucapan itu semasa taklimat ringkas, menggelarnya ‘prejudis dan penuh kejahilan’.

    “Mereka juga tidak bertanggungjawab dan kami sudah pun membuat pembentangan kepada kerajaan Australia,” katanya, menambah bahawa Fierravanti-Wells perlu ‘menilai dirinya sendiri’.

    Fierravanti-Wells berkata dalam 24 kali lawatannya ke Pasifik sebagai sebahagian daripada portfolio pembangunan antarabangsanya, dia menemukan ‘infrastruktur yang bukan berdaya tahan’ yang tidak kerap diselenggarakan dan tidak digunakan sepenuhnya.

    “Saya telah pergi ke kepulauan Pasifik dan anda akan memandu di sepanjang beberapa batang jalan raya belakang dan tiba-tiba anda melihat kru jalan raya berbangsa China membina jalan raya menuju entah ke mana dan anda berfikir ‘hmm…apakah semua ini,” tambahnya lagi.

    Menteri itu juga memberi amaran tidak seperti pinjaman dari Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia, pembiayaan China mempunyai kurang syarat menguntungkan.

    “Kami tidak tahu apakah kesannya apabila negara-negara Pasifik terpaksa membayar balik beberapa pinjaman China ini,” ujarnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda