China bantu Kemboja baik pulih tinggalan sejarah

BEIJING, 12 OGOS – Pasukan pemuliharaan artifak China semakin dikenali di persada dunia susulan penglibatannya dalam membantu Kemboja membaik pulih tapak tinggalan sejarah.

Pasukan tersebut kini bertugas di sebuah tapak istana kuno di monumen Angkor untuk menjalankan kerja baik pulih.

Petugas projek itu, Wang Jing berkata pemuliharaan yang dilakukan terhadap istana utama kompleks Angkor Thom itu dijangka mengambil masa lebih kurang 11 tahun.

“Tapak ini merupakan istana purba di bawah empayar Angkor untuk tempoh selama 400 tahun hingga 500 tahun.

“Sejak 2019, pasukan kami telah mengusahakan projek ini dan ia dijadualkan berlangsung sehingga 2030,” kata beliau. – Bernama