Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    China bantu kilang tenaga arang batu beroperasi pada kapasiti penuh

    BEIJING, 16 FEB – China akan membantu kilang tenaga arang batunya beroperasi pada kapasiti penuh, umum kerajaan, sekali gus menimbulkan kebimbangan lanjut mengenai janji iklim oleh Beijing.

    Sebahagian besar ekonomi kedua terbesar dunia itu menjadi lumpuh pada tahun lalu disebabkan kekurangan tenaga, sebahagiannya disebabkan kemerosotan dalam bekalan arang batu ketika harga bahan api fosil meningkat.

    China ialah pengeluar terbesar gas rumah hijau dunia yang bertanggungjawab atas perubahan iklim, dan telah berjanji akan meningkat pelepasan menjelang 2030 dan menjadi neutral karbon pada 2060.

    Namun pengeluaran arang batu telah dipertingkat sejak masalah kekurangan tenaga pada tahun ini, justeru mencetuskan ketidakpastian dan kebimbangan mengenai sasaran tersebut.

    Tumpuan pada keselamatan tenaga dan pertumbuhan ekonomi ditekankan pada mesyuarat peringkat tinggi Majlis Negeri China, dipengerusikan oleh Perdana Menteri Li Keqiang, lapor agensi berita Xinhua semalam.

    Mesyuarat pada Isnin mencapai kata sepakat bahawa ‘bekalan arang batu akan ditingkatkan dan kilang tenaga arang batu akan disokong untuk beroperasi pada kapasiti penuh dan menjana lebih banyak elektrik’ demi memenuhi permintaan industri dan perumahan, menurut Xinhua.

    Tindakan itu diambil beberapa minggu selepas Presiden Xi Jinping memberitahu penggubal dasar untuk memastikan pengurangan pelepasan tidak menjejas pertumbuhan ekonomi dan keselamatan tenaga – dilihat sebagai petanda untuk mengehadkan sekatan ke atas sektor arang batu.

    Susulan krisis tenaga tahun lalu, China membuka semula puluhan lombong arang batu dan membatalkan kuota pengeluaran, mengumumkan langkah sebelumnya untuk mengawal pelepasan.

    Pengeluaran arang batu negara mencecah empat bilion tan metrik pada tahun lalu – yang tertinggi dalam satu dekad – selepas import terjejas oleh pandemik. – AFP

    Seorang jurutera melihat skrin yang menunjukkan peralatan dalam lombong arang batu bawah tanah di Huaibei di timur wilayah Anhui, China kelmarin. China akan membantu kilang tenaga beroperasi pada kapasiti penuh, umum kerajaan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...