Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China bantu sistem pendidikan di Afghanistan

    KABUL – Bantuan China dalam sektor pendidikan di Afghanistan, yang dilanda peperangan itu, telah membantu guru-guru dan pelajar-pelajar di sana untuk menikmati suasana pekerjaan dan pembelajaran yang lebih baik yang mana akan dapat membantu mereka untuk lebih maju lagi.

    Walaupun kemajuan ketara yang dibuat dalam sektor pendidikan Afghanistan selepas kejatuhan rejim Taliban pada akhir tahun 2001, pelajar dan guru-guru masih menghadapi banyak cabaran termasuklah kekurangan kemudahan dan bangunan-bangunan di daerah terpencil, begitu juga di ibu kota Kabul.

    Memandangkan bilangan pelajar dan kelas meningkat setiap tahun, namun ianya masih tidak mencukupi bagi pelajar-pelajar tersebut di mana gred yang berbeza-beza telah ditempatkan di dalam satu kelas yang sama.

    Sesetengah ruangan kelas di sekolah itu sangat padat dengan penuntut sehingga mencapai lebih daripada 60 orang penuntut dalam satu kelas.

    Pada awal bulan April lalu, sebuah syarikat pembinaan daripada China mula melakukan kerja-kerja bagi pembinaan sebuah kompleks baru institut vokasional dan teknikal Afghanistan di Kabul, yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan, usaha terbaru dalam bantuan China yang berterusan terhadap pendidikan di Afghanistan.

    Pada awal bulan April lalu, sebuah syarikat pembinaan daripada China mula melakukan kerja-kerja pembinaan bagi sebuah kompleks baru institut vokasional dan teknikal Afghanistan di Kabul, yang dimiliki oleh Kementerian Pendidikan, usaha terbaru dalam bantuan China yang berterusan terhadap pendidikan di Afghanistan.
    Sesetengah ruangan kelas di sekolah negara itu sangat padat dengan penuntut sehingga boleh mencapai lebih daripada 60 orang penuntut dalam satu kelas.

    Prof. Aziz Ahmad Panshiri, seorang pensyarah di Universiti Kabul, memuji atas sumbangan China itu kepada sektor pendidikan Afghanistan sejak beberapa tahun yang lalu, dan juga memuji atas langkah-langkah penting yang diambil oleh China dalam meingkatkan lagi pengajian tinggi, vokasional dan teknikal di Afghanistan.

    “Kami sangat optimis terhadap kerjasama berterusan daripada negara sahabat, China, dan tidak diragukan lagi bahawa projek yang dibiayai oleh mereka baru-baru ini untuk membina institut vokasional dan teknikal Afghanistan akan dapat memberi impak yang positif terhadap kualiti pendidikan di negara ini terutamanya bagi belia-belia Afghanistan,” kata Panjshiri kepada Xinhua baru-baru ini.

    “Selain itu, kerjasama di bidang pendidikan tinggi di antara institusi penyelidikan China dan Afghanistan telah berkembang baru-baru ini.

    Hubungan antara institusi pendidikan Afghanistan dan universiti China akan terus berkembang apabila kedua-dua pihak cuba memperbaiki hubungan dan usaha bersama itu,” katanya.

    “Seperti rancangan kerajaan untuk mengatasi semua masalah dan cabaran yang dihadapi di dalam kualiti sistem pendidikan, kerja-kerja pembinaan bagi Institut Vokasional Nasional dan Teknikal Afghanistan yang disokong oleh China ini telah berjalan dengan lancar dan pembinaannya telah berkembang pada hampir 20 peratus,” kata Najibullah Ali, seorang pengurus projek China Railway Construction Corporation Limited, yang bertanggungjawab dalam pembinaan kompleks itu, memberitahu Xinhua baru-baru ini.

    Biro Eksekutif Kerjasama Ekonomi Antarabangsa Kementerian Perdagangan Republik Rakyat China dan Kementerian Pendidikan Afghanistan telah menandatangani perjanjian bagi pembinaan institut ini pada bulan Jun tahun lepas.

    Sebelum tahun 2002, sehingga satu juta pelajar, terutamanya kanak-kanak lelaki, menghadiri sekolah umum, tetapi pada masa ini lebih daripada 10 juta kanak-kanak Afghan, di mana 40 peratus adalah pelajar perempuan, telah mendaftarkan diri.
    Walaupun kemajuan ketara yang dibuat dalam sektor pendidikan Afghanistan selepas kejatuhan rejim Taliban pada akhir tahun 2001, pelajar dan guru-guru masih menghadapi banyak cabaran termasuklah kekurangan kemudahan dan bangunan-bangunan di daerah terpencil, begitu juga di ibu kota Kabul.

    Panjshiri berpendapat bahawa China, dengan hubungan sejarahnya yang sudah lama dengan Afghanistan, dapat membantu lebih banyak lagi dalam bidang-bidang lain, terutama kawasan-kawasan yang dilanda konflik, khususnya dalam bidang pembinaan kapasiti yang berkaitan dengan belia-belia Afghanistan, seperti membantu entiti pendidikan dan menyediakan biasiswa kepada pelajar Afghanistan.

    Menurut kementerian pendidikan Afghanistan, institut ini telah direka untuk mempunyai dua buah bangunan pembelajaran yang terdiri daripada 65 buah bilik darjah, yang akan menampung sehingga 1,720 pelajar. Projek keseluruhan, yang merupakan sebuah institut vokasional terbesar di negara itu, mempunyai bilik darjah, makmal dan kemudahan pentadbiran, serta gimnasium dan asrama.

    Projek itu dijangka siap menjelang awal tahun 2019 dan jumlah keseluruhan bagi projek itu dianggarkan mencapai kira-kira AS$35 juta, yang akan disediakan oleh pihak daripada China, katanya.

    Arefa Hashimi, seorang pelajar di Universiti Kabul, juga memuji atas sumbangan daripada China ini dalam usaha meningkatkan lagi sistem pendidikan Afghanistan, dengan mengatakan bahawa pelaksanaan projek-projek itu, khususnya projek yang sedang berjalan di Universiti Kabul dan pembinaan institut vokasional dan teknikal adalah sangat penting untuk kemajuan dan peningkatan para pelajar Afghanistan.”

    “Projek ini akan membantu belia Afghanistan meningkatkan kapasiti mereka di satu pihak, dan di sisi lain, untuk memperbaiki keadaan ekonomi negara ini,” kata Hashimi.

    Sebelum tahun 2002, satu juta pelajar, terutamanya kanak-kanak lelaki, menghadiri sekolah umum, tetapi pada masa ini lebih daripada 10 juta kanak-kanak Afghan, di mana 40 peratus adalah pelajar perempuan, telah mendaftarkan diri.

    Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, lebih daripada 1.3 juta seusia kanak-kanak sekolah tidak mempunyai akses kepada pendidikan kerana kemiskinan, konflik dan pemberontakan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda