Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    China berhasrat kukuh gedung nuklear

    BEIJING, 24 Jan – China perlu memperkukuhkan gedung nuklearnya untuk ‘memaksa AS menghormatinya’ dalam respons kepada pendirian baru Presiden AS, Donald Trump, menurut sebuah akhbar terkemuka hari ini.

    Komen-komen dalam Global Times, sebuah akhbar popular yang dikenali dengan pandangan retorik, muncul selepas beberapa hari Presiden Xi Jinping menyeru bagi pembasmian senjata atom global beransur-ansur.

    Dalam beberapa hari kebelakangan, media sosial China telah menunjukkan gambar-gambar yang bertujuan untuk mempamerkan sistem peluru berpandu balistik canggih antara benua yang dihantar ke timur laut.

    Dongfeng-41 dilaporkan peluru berpandu yang membawa muatan 10-12 kepala perang dan jarak sekitar 14,000 km (8,700 batu), menurut Global Times.

    Kertas itu, subsidiari People’s Daily, Parti Komunis, memainkan sentimen nasionalis dan di-percayai sering menyalurkan pandangan tidak bertolak ansur dalam kerajaan.

    Global Times berkata beberapa media mendakwa People’s Liberation Army membocorkan gambar-gambar sebagai satu amaran kepada Trump.

    “Mereka fikir ini adalah respons Beijing pada ucapan provokatif Trump ke atas China,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda