BEIJING, 15 FEB – Kenya menerima lagi bantuan daripada Program Bantuan Bahan Makanan China 2018 pada Isnin seberat 890 metrik tan yang bertujuan untuk membanteras isu kelaparan dan malnutrisi di negara itu.
Setiausaha Kabinet Kementerian Perkhidmatan Awam dan Jantina Kenya, Margaret Kobia yang turut hadir pada majlis penyerahan bantuan itu merakamkan penghargaan kepada China atas sumbangan itu.
Beliau berkata beras sumbangan China sebelum ini telah memberikan sokongan terhadap pelan pembekalan makanan di sekolah dan ia turut diagihkan kepada kawasan kemarau bagi meningkatkan kualiti zat makanan kanak-kanak.
Katanya, bantuan kali ini akan difokuskan untuk membantu menyelesaikan isu kekurangan bahan makanan akibat bencana kemarau. – Bernama