Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    China beri tumpuan rangsang ekonomi

    BEIJING, 3 MAC – Kemelesetan hartanah, ekonomi yang lembap dan peperangan di Ukraine menguasai agenda pada persidangan tahunan badan perundangan China minggu ini, dengan penggubal dasar dijangka memberi tumpuan untuk merangsang pertumbuhan yang lemah.

    Sidang parlimen tersebut akan bermula Sabtu nanti di Beijing dengan mengumpulkan sekitar 3,000 ahli Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) untuk mesyuarat peringkat tinggi berhubung rang undang-undang, belanjawan dan perubahan kakitangan.

    Parti pemerintah Komunis menggunakan peluang itu untuk menilai pencapaiannya sambil menetapkan pelan tindakan ekonomi dan sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara untuk tahun hadapan.

    Kebanyakan agenda NPC tidak diketahui sehingga masa itu atau selepas mesyuarat berlangsung beberapa hari, dengan banyak sesi berlangsung secara tertutup.

    Sementara itu, pada tahun ini, kebimbangan pasti tertumpu pada pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan, sebahagiannya disebabkan kemelesetan dalam sektor hartanah yang membentuk sehingga satu perempat daripada keluaran negara.

    Langkah ketat ‘sifar-COVID’ termasuk perintah berkurung dan penutupan sempadan juga telah memberi tamparan hebat kepada hab pembuatan, pusat pelancongan dan bandar pelabuhan.

    Sementara itu, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah meningkatkan prospek kenaikan harga makanan dan minyak, dengan kebimbangan terhadap bekalan komoditi penting dari rantau itu terjejas. – AFP

    Pekerja bekerja di atas bumbung Stadium Pekerja berhampiran China Zun, bangunan tertinggi di Beijing. Parti Komunis China menumpukan usaha mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan ketika negara itu menghadiri mesyuarat tahunan badan perundangan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...