Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    ‘China berpotensi kuasai sukan snuker’

    SINGAPURA, 13 JUN – China dijangka akan ‘menguasai’ sukan snuker dan menamakan tiga atau empat pemain baharu yang berpotensi menjadi juara dunia, kata pemain snuker legenda, Ronnie O’Sullivan, hari ini.

    Beliau memberitahu perkara tersebut kepada AFP semasa kunjungannya ke Singapura untuk melancarkan akademi snuker baharunya. O’Sullivan ialah juara dunia bertahan tujuh kali, juga menjangkakan mengenai sukan tersebut semakin meningkat di Asia.

    “China telah bekerja keras dan melakukan yang terbaik dalam 20 tahun kebelakangan ini, setelah melahirkan banyak bakat baharu ke dalam sukan itu,” katanya.

    O’Sullivan mengatakan bahawa Ding Junhui, adalah pemain snuker pertama di China, beliau memberi inspirasi kepada pemain-pemain lain.

    “Baru-baru ini, terdapat tiga atau empat pemain terbaik yang berpotensi menjadi juara dunia,” tambahnya.

    Pemain snuker dari China berkemungkinan akan mendominasi sukan snuker pada masa akan datang, katanya, sambil menambah: “China kelihatan seperti negara yang sesuai untuk menguasai sukan itu.”

    Antara bintang snuker dari China yang menyerlah beberapa tahun kebelakangan ini, iaitu Yan Bingtao, 22, pemain yang menjuarai Masters pada tahun lalu, termasuklah Zhao Xintong, 25. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...