China bersiap sedia lancar roket ke planet Marikh

BEIJING, 17 JULAI – China kini bersiap sedia untuk melancarkan roket ke planet Marikh minggu depan dengan meletakkannya ke kedudukan pelancaran dalam satu daripada tiga misi yang akan dilancarkan ke planet itu, satu dari Amerika Syarikat (AS) dan satu lagi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Roket pengangkut Long March-5 adalah kenderaan pelancaran terberat di China dan telah diuji sebanyak tiga kali tanpa membawa muatan. Dinamakan Tianwen-1, misi pertama China ke Marikh bertujuan untuk meletakkan perayau bagi mengumpulkan data saintifik.

Roket itu akan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang di wilayah pulau selatan Hainan pada 23 Julai, menurut laporan media kerajaan hari ini memetik Pentadbiran Angkasa Negara China. Misi ini adalah salah satu perkembangan angkasawan yang paling diimpikan untuk program ruang angkasa China, yang telah berkembang dengan pesat sejak pelancaran misi pertama pada tahun 2003.

Sejak itu, ia telah menghantar angkasawan ke stesen angkasa eksperimen, memulakan kerja di sebuah kemudahan yang lebih besar.

Trio misi musim panas dalam usaha paling menyeluruh setakat ini adalah untuk mencari kehidupan mikroskopik kuno sambil memantau planet Marikh untuk penempatan angkasawan masa depan. – AFP

Gambar yang dikeluarkan oleh spaceflightfans.cn menunjukkan orang ramai berkumpul di kawasan pelancaran roket pengangkutan Long March-5 di wilayah Hainan, China pada 17 Julai. – AP