BEIJING, 20 Jan – Pembuat cip terbesar di China telah mengumumkan pelaburan bernilai AS$30 bilion untuk membina sebuah kilang semikonduktor baru bagi mengurangkan pergantungan kepada teknologi asing.
`Tsinghua Unigroup milik negara ekonomi kedua dunia itu akan membuka kemudahan di bandar Nanjing di wilayah Jiangsu timur, di mana ia akan menghasilkan cip untuk peralatan elektronik seperti telefon bimbit, kamera dan komputer, demikian menurut satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi syarikat, kelmarin.
Projek ini ‘mempunyai makna yang amat signifikan kepada inovasi bebas, pengeluaran besar-besaran dan pemasaran industri litar bersepadu China’, kata kenyataan itu.
Pengumuman itu dibuat selepas percubaan syarikat itu untuk mengambilalih pembuat cip Teknologi Micron dan Sandisk AS telah dibendung oleh Jawatankuasa Pelaburan Asing (CFIUS) di AS atas kebimbangan keselamatan negara.
Selepas cita-cita untuk memperoleh teknologi AS gagal, Tsinghua Unigroup beralih fokus kepada membina loji di China dengan membuka kilang cip AS$24 bilion di bandar Wuhan bulan lalu, menurut laman berita dalam talian Sohu.
China merupakan pasaran terbesar semikonduktor di dunia pada 2015. Pergantungan berlebihan kepada cip import telah menimbulkan kebimbangan di Beijing mengenai keselamatan negara, menurut laporan oleh Jabatan Perdagangan AS, kelmarin.
Pada 2014, pihak berkuasa China berikrar menyokong industri ini sebanyak 100 bilion yuan (AS$14.6 bilion) untuk membina ‘sektor semikonduktor bersaing di peringkat global menjelang 2030’, menurut dua kenyataan Kementerian China Industri dan Teknologi Maklumat pada 2014 dan 2015. – AFP
































