Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    China bina rangkaian mudah alih 5G terbesar dunia

    BEIJING, 20 APRIL – Rangkaian mudah alih 5G yang sedia dibina di China kini menjadi rangkaian terbesar di dunia melibatkan kesemua bandar dan 260 juta pengguna telefon.

    Menurut Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat China (MIIT), setakat ini, kadar penggunaan jalur lebar gentian menyaksikan peningkatan daripada 56 peratus pada hujung 2015 kepada 94 peratus. Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Isnin, MIIT juga memaklumkan skala stesen 4G di China kini menyumbang lebih separuh daripada jumlah keseluruhan dunia.

    Data tersebut turut memberitahu kepesatan rangkaian mudah alih di China pada ketika ini menduduki tangga keempat antara 139 buah negara dan kawasan dunia, dengan kadar caj yang dilaporkan jauh lebih rendah berbanding tahap purata.

    Kementerian itu menyifatkan prestasi kejayaan itu hasil daripada pembinaan rangkaian yang intensif serta penggunaan teknologi inovasi dalam skala besar. Dalam pada itu, MIIT menyatakan China akan terus menurunkan caj penggunaan, di samping meningkatkan kualiti rangkaian dan perkhidmatan berkenaan pada tahun ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda