China bina stesen meteorologi tertinggi dunia

BEIJING, 5 MEI – Pasukan penyelidik China berjaya menempatkan stesen pemantauan meteorologi automatik di puncak Gunung Qomolangma, pada tengah hari kelmarin.

Berada pada ketinggian lebih 8,800 meter, ia merupakan stesen meteorologi yang tertinggi di dunia, sekali gus menjadikannya sangat signifikan dalam sejarah kajian saintifik Dataran Tinggi Qinghai-Tibet.

Kemudahan itu mengatasi stesen meteorologi yang berada pada ketinggian 8,430 meter di sebelah selatan gunung yang dibina saintis British dan Amerika Syarikat (AS) pada 2019.

Menurut Institut Penyelidikan Dataran Tinggi Tibet (ITP) di bawah Akademi Sains China (CAS), pencapaian terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan stesen meteorologi yang berada di altitud berbeza di Gunung Qomolangma mencecah lapan buah. Ahli penyelidik ITP, Zhao Huabiao berkata data meteorologi yang dipantau akan menyokong penyelidikan saintifik dan aktiviti mendaki gunung. – Bernama