Thursday, February 9, 2023
22.8 C
Brunei

-

China buka pintu pasaran untuk pelabur asing

BEIJING, 18 Julai – China telah memberi jaminan kepada dunia mengenai komitmennya untuk membuka pasaran dalam tindakan terbarunya untuk menarik pelaburan asing.

China harus mempertingkat pelaburannya dan persekitaran pasaran, mempercepat pembukaan pasaran kepada dunia luar dan mengurangkan kos operasi, kata Presiden Xi Jinping semalam.

Negara itu harus “mewujudkan persekitaran perniagan yang stabil, adil, telus dan boleh diramalkan, serta mempercepat usaha untuk membina ekonomi terbuka dalam usaha untuk mempromosi pembangunan ekonomi China yang mapan dan sihat,” kata Xi pada mesyuarat Kumpulan Terkemuka mengenai Kewangan dan Hal Ehwal Ekonomi.

Pelaburan asing (FDI) ke negara China pada asasnya adalah stabil pada separuh tahun pertama 2017, tatkala kerajaan terus membuka pasaran dan berusaha mewujudkan persekitaran yang adil dan telus.

Dalam tempoh enam bulan, aliran masuk FDI merosot 0.1 peratus tahun ke tahun kepada 441.5 bilion yuan, tetapi kemerosotan berkurangan daripada jumlah tersebut dalam lima bulan pertama, tatkala pelaburan asing pada Jun meningkat 2.3 peratus kepada 100 bilion yuan, menurut Kementerian Perdagangan (MOC).

Van sebelum dimuat ke sebuah kapal untuk dieksport di pelabuhan di Lianyungang, di timur wilayah Jiangsu, China pada 17 Julai 2017. China telah memberi jaminan kepada dunia mengenai komitmennya untuk membuka pasaran dalam tindakan terbarunya untuk menarik pelaburan asing.– AFP
Van sebelum dimuat ke sebuah kapal untuk dieksport di pelabuhan di Lianyungang, di timur wilayah Jiangsu, China pada 17 Julai 2017. China telah memberi jaminan kepada dunia mengenai komitmennya untuk membuka pasaran dalam tindakan terbarunya untuk menarik pelaburan asing.– AFP

Jumlah syarikat baru meningkat 12.3 peratus kepada 15,053 pada separuh tahun pertama, dengan 2,894 syarikat asing baru ditubuhkan pada bulan lalu, menurut MOC.

Pelaburan asing telah memain peranan besar dalam perkembangan ekonomi China, mempromosi peruntukan sumber dan menjana pembaharuan yang berorientasikan pasaran, kata Xi.

Sektor pengeluaran menarik 128.6 bilion yuan pelaburan asing, naik 3 peratus tahun ke tahun, menyumbang kepada 29.1 peratus daripada jumlah FDI, sementara FDI dalam sektor perkhidmatan mencecah 309.99 bilion yuan, membentuk 70.2 peratus daripada jumlah keseluruhan.

China harus memanfaatkan pelaburan asing untuk memajukan pembaharuan struktural, mempertingkat ekonomi dan menyaingi kemajuan teknologi global, kata Xi.

Aliran masuk pelaburan asing dalam sektor barangan mewah diteruskan dalam tempoh Januari hingga Jun, dengan pengeluaran teknologi tinggi melihat FDI meningkat 11.1 peratus kepada 34.97 bilion yuan, sementara pelaburan asing dalam perkhidmatan teknologi tinggi bertambah 20.4 peratus kepada 64.72 bilion yuan. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -