Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    China catat 13,000 kematian COVID seminggu

    BEIJING, 22 JAN – China melaporkan hampir 13,000 kematian berkaitan Covid di hospital antara 13 dan 19 Januari, selepas pegawai kesihatan tertinggi berkata sebahagian besar penduduk telah dijangkiti.

    Angka kematian itu dilaporkan seminggu selepas China mengatakan hampir 60,000 orang telah meninggal dunia akibat Covid di hospital dalam masa lebih sebulan tetapi terdapat keraguan yang meluas terhadap data rasmi sejak Beijing secara tiba-tiba membatalkan kawalan anti-virus bulan lalu.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China berkata dalam satu kenyataan kelmarin bahawa 681 pesakit dimasukkan ke hospital telah meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan yang disebabkan oleh jangkitan koronavirus, dan 11,977 telah meninggal dunia akibat penyakit lain yang digabungkan dengan jangkitan sepanjang tempoh itu.

    Angka itu tidak termasuk pesakit yang meninggal dunia di rumah.

    Airfinity, firma ramalan bebas, telah menganggarkan kematian Covid setiap hari di China akan memuncak pada kira-kira 36,000 sepanjang cuti Tahun Baharu Cina.

    Firma itu juga menganggarkan lebih 600,000 orang telah meninggal dunia akibat penyakit itu sejak China menarik balik kawalan terhadap Covid pada Disember.

    “China telah melepasi tempoh kemuncak pesakit Covid di klinik demam, bilik kecemasan dan dalam keadaan kritikal,” kata Guo Yanhong, seorang pegawai dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memberitahu sidang akhbar pada Khamis.

    Berpuluh-puluh juta orang telah mengembara ke seluruh negara dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga yang telah lama ditunggu-tunggu setelah lama dikenakan perintah kawalan COVID, meningkatkan kebimbangan wabak baharu.

    Pihak berkuasa pengangkutan China telah meramalkan lebih daripada dua bilion perjalanan akan dilakukan bulan ini hingga Februari, salah satu pergerakan berskala besar. – AFP

    Pelawat berjalan melintasi jambatan yang dihiasi dengan tanglung di taman awam di Beijing pada hari pertama cuti Tahun Baharu Cina walaupun kes COVID semakin meningkat dengan catatan kematian yang tinggi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...