Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    China catat 2,000 kes, kenakan sekatan COVID

    SHANGHAI, 10 OKT – China merekodkan lebih 2,000 kes COVID-19 hari ini, angka tertinggi selama sebulan, dengan pegawai mengenakan sekatan dan pengehadan baharu untuk menghentikan wabak daripada merebak ke ibu negara menjelang Kongres Parti Komunis.

    Walaupun bilangan kes terbaharu adalah kecil mengikut piawaian global, dasar ketat sifar-COVID Beijing bermakna sebarang wabak mesti segera dihapuskan.

    Presiden Xi Jinping, yang dijangka mendapat penggal ketiga bersejarah dalam jawatan, telah memperjuangkan dasar itu, dan sebarang wabak penting menjelang pembukaan kongres pada Ahad akan terbukti sangat memalukan parti itu.

    Di Shanghai, puluhan ribu orang dikenakan sekatan hari ini, selepas beberapa kawasan kejiranan tiba-tiba ditutup pada hujung minggu, berikutan pengesanan 23 jangkitan baharu pada hari Jumaat.

    Lebih 2,100 isi rumah di hab kewangan terjejas kerana hanya satu jangkitan pada hari Ahad, menurut taklimat kerajaan.

    Penduduk menunjukkan reaksi terkejut apabila pagar hijau didirikan di sekeliling bangunan, mengimbas kembali perintah berkurung dua bulan di bandar itu pada musim bunga, yang menyaksikan aduan meluas mengenai kekurangan makanan dan rawatan perubatan.

    Sehingga hari ini, Shanghai mengenakan sekatan ringan ke atas sembilan kejiranan di enam daerah, kata pihak berkuasa, tetapi kemungkinan terdapat banyak lagi sekatan ke atas bangunan individu yang belum diumumkan secara rasmi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...