China catat angka harian virus tertinggi

BEIJING, 14 JUN – China melaporkan 57 kes koronavirus baharu hari ini, angka harian tertinggi sejak April, tatkala kebimbangan meningkat mengenai gelombang baharu penyakit tersebut.

Wabak domestik di China berjaya dikawal menerusi lockdown ketat yang dikenakan pada awal tahun ini, namun kluster baharu telah dikaitkan dengan sebuah pasar makanan borong di selatan Beijing.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) berkata 36 kes baharu adalah jangkitan tempatan di ibu negara dan pegawai kesihatan Beijing berkata kesemua tiga dozen dikaitkan dengan pasar Xinfadi.

Dua jangkitan domestik lain yang dilaporkan hari ini berasal dari wilayah barat laut Liaoning dan kontak rapat kes Beijing. Kluster baharu telah mendorong lockdown baharu dikenakan dengan penduduk diarahkan tinggal dalam rumah di 11 estet perumahan berhampiran pasar yang membekal kebanyakan keluaran segar bandar itu.

Pegawai perbandaran Xu Hejian memberitahu wartawan hari ini bahawa Beijing telah memasuki ‘tempoh luar biasa.’

Amaran dikeluarkan di ibu negara selepas NHC mengesahkan kes pertama selama dua bulan pada Jumaat dan pegawai bandar menangguh kepulangan pelajar sekolah rendah yang masih belum meneruskan kelas. – AFP

Pegawai polis mengawal di pintu masuk pasar makanan borong Xinfadi di Beijing pada 13 Jun 2020. – AFP