China catat inflasi lembap

BEIJING, 10 APRIL – Inflasi di China bertumbuh pada kadar paling perlahan sejak Oktober lalu, menurut data rasmi yang disiarkan hari ini, merosot dari tahap tinggi lapan tahun disebabkan kemerosotan dalam harga makanan tatkala negara beransur-ansur membatalkan perintah berkurung.

Harga pengguna melonjak 4.3 peratus pada Mac tahun-ketahun, kata Biro Statistik Negara (NBS), selepas meningkat 5.2 peratus pada Februari.

Ia adalah lebih rendah daripada ramalan pertambahan sebanyak 4.9 peratus oleh penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg.

Harga minyak yang lemah dan permintaan meleset disebabkan langkah koronavirus drastik bermakna inflasi pengguna pada bulan lalu bertumbuh pada kadar paling perlahan sejak Oktober, menurut data NBS.

Harga daging, penyumbang terbesar kepada inflasi pengguna, mula berkurangan apabila sekatan pengangkutan dibatalkan.

Langkah ‘lockdown’ yang dikenakan untuk membendung penularan koronavirus dalam tempoh beberapa bulan pertama menjejas perniagaan di seluruh negara. – AFP

Seorang pelanggan (kanan) membeli buah di sebuah pasar di Shenyang di wilayah timur laut Liaoning kelmarin. Inflasi di China merosot pada Mac didorong oleh kemerosotan harga makanan. – AFP