Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China catat pertumbuhan memberangsangkan

    BEIJING, 18 Julai – China mencatat pertumbuhan suku kedua yang lebih baik daripada dijangka hari ini, tetapi penganalisis mengingatkan momentum tidak akan bertahan tatkala pihak berkuasa mengenakan kawalan ketat ke atas hutang yang meningkat.

    Ekonomi berkembang 6.9 peratus pada April hingga Jun, tempoh yang sama seperti tiga bulan sebelumnya dan lebih baik daripada 6.8 peratus seperti yang diramalkan dalam satu tinjauan AFP.

    “Ekonomi negara telah mengekalkan momentum perkembangan yang kukuh dalam separuh tahun pertama 2017, menetapkan asas yang kukuh untuk mencapai sasaran tahunan dan prestasi yang lebih baik,” kata jurucakap biro statistik negara Xing Zhihong.

    “Bagaimanapun, kami mesti menyedari bahawa masih terdapatnya banyak faktor yang tidak stabil dan tidak pasti di luar negara dan perbezaan struktural jangka panjang masih ketara di dalam negara,” beritahu Xing kepada wartawan.

    Pengeluaran industri bertumbuh 7.6 peratus pada Jun manakala jualan runcit meningkat 11 peratus, kedua-duanya lebih baik berbanding bulan sebelumnya, menurut data rasmi.

    Namun penganalisis menjangka penyusutan dalam ekonomi keseluruhan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda