PULAU PAG-ASA, Laut China Selatan, 21 April – Pasukan China cuba untuk menghalau dua pesawat Filipina yang membawa ketua-ketua tentera dan pertahanan Manila hari ini berhampiran pulau buatan China, kata para pegawai, menambah bahawa mereka berminat untuk melihat secara dekat pulau yang bercirikan seperti bandar, termasuk bangunan-bangunan, jalan raya dan sebuah landasan pesawat di rantau yang disaingi di Laut China Selatan.
Setiausaha Pertahanan, Del-fin Lorenzana berkata pesawat udara itu tidak diganggu selepas juruterbang Filipina membalas mesej kepada China bahawa mereka terbang di kawasan wilayah Filipina.
China memberi amaran pesawat udara Filipina bahawa mereka telah memasuki pinggir kawasan China dan diberitahu untuk mengelak kesilapan.
Pesawat udara yang membawa Lorenzana, ketua turus tentera Jeneral Eduardo Ano dan kira-kira 40 jurnalis ke Pulau Pag-asa yang dihuni Filipina telah ‘dicabar’ oleh China ketika mereka terbang dalam lingkungan Terumbu Subi yang ditawan China, kira-kira 25km jauhnya.
“Ia hanya pertukaran dan tiada insiden yang tidak disangka berlaku,” kata Lorenzana kepada para wartawan, menambah bahawa ia biasanya berlaku di tengah-tengah konflik wilayah yang belum selesai.

Tentera laut China juga memberi amaran serupa ke atas kapal-kapal dan pesawat udara AS untuk pergi dari sana apa yang Beijing dakwa sebagai wilayahnya, mesej yang juga tidak diendahkan oleh Amerika.
Di Pagasa, dikenali nama antarabangsanya sebagai Thitu, Lorenzana mengumumkan yang Filipina akan mula membangun pulau itu, kedua terbesar di kepulauan Spratly, dengan rancangan bagi menubuhkan dermaga dan memperkukuhkan serta mengembangkan lapangan terbang kecil di sana.
China mungkin membantah pembinaan yang dirancang itu namun Lorenzana berkata dia tidak menjangkakan ia semakin memburuk hingga ke tahap konfrontasi.
Selepas majlis menaikkan bendera di Pag-asa, Lorenzana memberitahu pasukan tentera bahawa Duterte telah mengarahkannya untuk memeriksa pulau itu dan memastikan kemudahan telah dibina di sana secepat mungkin.
Kira-kira 1.6 bilion peso (AS$32 juta) telah diperuntukkan bagi pembinaan, termasuk pelabuhan perikanan, tenaga solar, loji penyahmasinan air, meningkatkan perumahan bagi askar dan kemudahan untuk penyelidikan marin dan pelancongan. – AP