Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Cuba, Rusia anggotai HRC PBB

    WASHINGTON, 14 OKT – Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa mengundi untuk memilih anggota baharu Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) termasuk dari China, Cuba dan Rusia.

    Agensi Anadolu melaporkan ketiga-tiga negara itu berjaya menjadi anggota HRC selepas mengharungi pemilihan yang mencabar.

    Dilaporkan Cuba dan Rusia tidak menghadapi banyak saingan berbanding China.

    China, dicabar sengit oleh negara rantau Asia Pasifik, enam negara bersaing untuk lima tempat. China memperoleh tempat terakhir apabila Arab Saudi gagal melepasi jumlah undian yang diperlukan.

    Semua negara anggota PBB layak menganggotai HRC untuk tempoh tiga tahun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda