Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    China dakwa 28 suspek serang wanita

    BEIJING, 29 OGOS – Pendakwa raya China berkata hari ini mereka telah melancarkan prosiding jenayah ke atas 28 orang yang disyaki menyerang sekumpulan wanita dalam insiden tular yang mencetuskan kemarahan berhubung keganasan berasaskan jantina di negara itu.

    Rakaman sekumpulan lelaki menyerang empat wanita di sebuah restoran barbeku di Tangshan, timur ibu negara Beijing, dikongsi secara meluas dalam talian, memperbaharui perdebatan tentang keganasan ke atas wanita di China.

    Lelaki berkenaan melakukan serangan selepas wanita itu menolak gangguan mereka, menurut rakaman.

    Pendakwa raya di wilayah Hebei berkata mereka akan memulakan prosiding undang-undang terhadap suspek – termasuk tujuh yang terlibat secara langsung dalam serangan itu – selepas mereka memperoleh bukti ‘boleh dipercayai dan mencukupi’.

    Kenyataan itu, yang dikongsi dalam perkhidmatan Weibo seperti Twitter China, tidak menyatakan pertuduhan jenayah.

    Polis mengenal pasti suspek utama dalam serangan itu sebagai ‘Chen’, mengatakan dia ‘secara melulu menggunakan keganasan untuk melakukan kejahatan’, menurut penyiaran negara CCTV.

    Berikutan serangan itu, pihak berkuasa Tangshan memecat timbalan ketua polis bandar itu dan lima pegawai polis lain, dan turut melancarkan tindakan keras terhadap jenayah terancang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...