China dapat kelebihan sidang Kim-Trump

BEIJING, 13 Jun – Hasil persidangan Singapura di antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un adalah satu berita baik bagi China yang memainkan peranan dalam pertemuan itu, meskipun tidak hadir secara langsung.

China mencatatkan kejayaan di persidangan itu selepas Trump membuat ikrar mengejutkan untuk menggantung latihan ketenteraan bersama Korea Selatan dan mengundurkan tentera AS dari sana.

Beijing tidak menyukai kehadiran tentera AS di Korea Selatan dan Jepun dan menggesa Washington untuk menangguhkan latihan yang didakwa Pyongyang adalah latihan bagi pencerobohan, dalam balasan bagi Korea Utara menghentikan aktiviti-aktiviti nuklearnya.

China mahu melihat pengurangan dalam pasukan tentera asing di Timur Laut Asia dan bagi jurang di antara Washington dan sekutunya, kata Ryan Hass, yang mengarahkan dasar China bagi Majlis Keselamatan Negara AS ketika bekas pentadbiran Presiden Barack Obama.

“Beijing sekarang dalam laluan untuk mencapai objektif ini pada kos yang sedikit,” tambahnya.

Tetapi ketika Kim melangkah keluar dari pesawat China memberikannya perjalanan ke Singapura, Beijing akan mengekalkan pengaruhnya terhadap Pyongyang yang mungkin merasakan kurang tersisih selepas Trump menghujani Kim dengan pujian, menggelarnya ‘lelaki yang berbakat’.

“Saya fikir, sebarang peningkatan dalam hubungan dua hala bagi AS dan Korea Utara, China berpotensi melihatnya sebagai kekalahan bagi China,” kata Paul Haenle, bekas pengarah China di Majlis Keselamatan Kebangsaan Rumah Putih semasa pentadbiran Obama dan George W. Bush. – AP

Skrin televisyen gergasi di Beijing, China menayangkan pertemuan bersejarah Donald Trump (kanan) dan Kim Jong Un semasa sidang kemuncak AS-Korea Utara di Singapura pada 12 Jun lalu. – AFP