China dedah dalaman makmal dekat Wuhan

BEIJING, 9 JULAI – Media kerajaan China telah memperlihatkan makmal di tengah-tengah teori konspirasi koronavirus, ketika ia berusaha untuk menolak andaian yang kemudahan itu menjadi punca pandemik global.

Presiden Donald Trump dan tokoh-tokoh AS lainnya telah berulang kali mengatakan virus itu mungkin telah terbocor dari Institut Virologi Wuhan atau sengaja dihasilkan di sana.

Rakaman yang disiarkan oleh CCTV milik kerajaan itu dipercayai yang pertama dalam lingkungan makmal P4 institut tersebut – bagi menempatkan patogen berbahaya kelas 4 – sejak perasmiannya pada 2017.

Bagaimanapun, ia tidak memberikan maklumat baharu atas apa yang diusahakan di makmal itu.

Ia hanya memasukkan beberapa gambar kawasan sebenarnya makmal itu, diambil menerusi dinding kaca tebal. Laporan mengatakan protokol keselamatan telah menghalang akses lebih dekat.

“Tidak ada kemalangan kebocoran patogen atau jangkitan manusia” dari makmal itu, kata Yuan Zhiming, pengarah Makmal Biokeselamatan Kebangsaan Wuhan.

“Penularan dan pandemik yang disebabkan oleh sebarang penyakit jangkitan telah menjadi tumpuan awam.” – AFP

Gambar fail bertarikh 23 Februari 2017 menunjukkan kakitangan berdiri dekat kurungan tikus (kanan) di dalam makmal P4 di Wuhan. – AFP