China desak AS bekerjasama

BEIJING, 15 APRIL – China berkata hari ini bahawa ia ‘sangat khuatir’ tentang keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan dana bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dan mendesak Washington untuk memenuhi kewajipannya ketika global sedang berdepan dengan krisis koronavirus.

Presiden Donald Trump kelmarin menuduh badan yang berpusat di Geneva itu meletakkan kebenaran politik di atas langkah menyelamatkan nyawa ketika dia memerintahkan pembekuan dana kerana ‘salah laku pengurusan’ terhadap pandemik COVID-19.

“China melahirkan kebimbangan dengan pengumuman AS untuk menangguhkan dana bagi WHO,” kata jurucakap kementerian luar negeri China, Zhao Lijian pada taklimat sidang media hari ini.

“Situasi wabak global semasa adalah suram. Ia berada pada saat yang genting. Keputusan AS ini akan melemahkan keupayaan WHO dan melemahkan kerjasama antarabangsa untuk menentang wabak ini.”

AS dan China telah bergelut menangani virus ini, yang pertama kali dilaporkan di China dan telah membunuh lebih dari 125,000 di seluruh dunia.

Zhao Lijian menggesa AS untuk bersungguh-sungguh memenuhi tanggungjawab dan kewajiban mereka dalam menangani COVID-19. – AFP

Keputusan terbaharu Trump itu menggambarkan pandangannya terhadap WHO yang telah bersikap berat sebelah terhadap China, bersekongkol untuk mencegah saingan ekonomi utama AS daripada bersikap terbuka terhadap krisis kesihatan yang sedang berlaku.

“Kami mendesak AS untuk dengan bersungguh-sungguh memenuhi tanggungjawab dan kewajiban mereka, dan mendukung tindakan antarabangsa yang dipimpin WHO terhadap wabak itu,” kata Zhao, sambil menambah bahawa agensi itu memainkan ‘peranan yang tidak tergantikan’ terhadap wabak itu.

AS adalah penyumbang terbesar WHO, yang memberikannya AS$400 juta tahun lalu.

Ketika ditanya apakah China bersedia untuk memberikan sumbangan lebih banyak untuk mengatasi kekurangan itu, sekarang AS menghentikan pembiayaan, Zhao mengatakan Beijing telah memberikan AS$20 juta kepada badan PBB.

“China sentiasa menyokong peranan utama yang dimain-kan oleh WHO dalam memerangi wabak antarabangsa … China akan melihat isu-isu yang berkaitan bergantung kepada keperluan keadaan,” katanya. – AFP