China didesak telus isu Empangan Mekong

BANGKOK, 16 JUN – China hari ini didesak untuk menunjukkan ketelusan ke atas operasi empangannya di Sungai Mekong, berbulan-bulan selepas paras air hilir sungai mencecah tahap terendah dan mengancam berjuta-juta nyawa.

Laos, Thailand, Kemboja dan Vietnam semuanya berhadapan kemarau terburuk tahun lalu ketika air pasang sungai merosot ke tahap terendah – mendedahkan batu-batu, membunuh ikan dan mengancam nyawa berjuta-juta orang.

Namun empangan di sepanjang laluan air di China – di mana sungai dikenali sebagai Lancang – berada pada tahap purata aliran biasa pada masa yang sama, menurut imej satelit dikeluarkan oleh badan pemantau AS, Eyes on Earth dalam April.

Aliran yang amat rendah menunjukkan keperluan bagi China menyiarkan data tepat pada masanya dari empangannya agar negara-negara jiran boleh meramalkan keadaan teruk, kata badan antara kerajaan, Suruhanjaya Sungai Mekong (MRC) dalam satu kenyataan hari ini. Ia menyeru bagi ‘data sepanjang tahun bagi pemantauan lebih berkesan dan melaporkan banjir serta kemarau,’ dalam satu ulasan yang jarang dibuat ditujukan kepada kuasa super serantau itu.

Sungai Mekong merupakan sungai terpanjang Asia Tenggara dan bertindak sebagai talian hayat kepada 60 juta penduduk. – AFP

Gambar fail dari udara pada Oktober tahun lalu menunjukkan seorang nelayan dalam perahu di Sungai Mekong di daerah Pak Chom, timur laut wilayah Loei, Thailand. China kelmarin didesak telus berkongsi data sepanjang tahun bagi paras air di empangan yang dioperasinya di sepanjang Sungai Mekong, selepas paras air terendah dicatatkan tahun lalu mengancam berjuta-juta kehidupan. – AFP